Thursday, 30 March 2017

Buat Wasiat Jangan Bertangguh..


Wasiat ni memang satu kewajipan dan tanggujawab setiap muslim. Tapi masih ramai ambik endah tak endah sebab kesannya kita tak rasa masa masih hidup lagi ni.. Yang dah selamat pergi pun takde yang bangkit bagitau apa jadi kat sana..

Cuma yang kita tahu kita dengar-dengar atau kita baca-baca kesannya memang menyulitkan dan boleh membawa kepada ketegangan sesama waris.. Banyak kan dah dengar.. Dalam drama ada,  real life pun ada..

Jom wasiat sementara masih berpeluang.. Tak perlu tunggu dah tua atau dah sakit..

Jom buat wasiat Jangan bertangguh....


#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad


Bantu Membantu Sesama Manusia..

Masih ramai umat Islam sendiri yang belum faham sepenuhnya tentang hukum faraid dan pentingnya berwasiat..


Apakah kepentingan berwasiat? Banyak.. Antaranya, melindungi harta pusaka daripada jatuh ke tangan orang yang tidak berhak kelak.. Memelihara keluarga tersayang daripada kesusahan melalui pengagihan harta kepada yang betul2 memerlukan.. Mengelakkan daripada keluarga tersayang termakan harta batil.. Memelihara keharmonian keluarga dan sanak saudara..
Ada lagi, tapi nanti banyak sangat kat sini, kita cerita kat post lain pulak lah lepas2 ni..

Malangnya, masih ramai umat Islam yang tidak berwasiat, disebabkan kurangnya kefahaman tentang kepentingan berwasiat, dan keburukan tidak berwasiat..

Jadi, jom sama-sama kita dapatkan ilmu dan kefahaman tentang wasiat dan perancangan harta pusaka Islam.. Sambil-sambil tu dapat jugak belajar dan praktikkan ilmu hukum faraid.. Lepastu bolehlah sebar-sebarkankan kepada ramai umat Islam, agar lebih ramai lagi yang melindungi harta dan keluarga dengan berwasiat.. Sebelum terlambat..

Sambil fardhu kifayah, sambil buat income..



jom!


#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Bila Berpindah Dari Alam A ke Alam B

Semasa muda dan sihat kita berpeluang mengumpul harta dan membina harta. Tapi apakah kesudahan dengan harta-harta dan hutang piutang yang kita bina tu.. Siapa yang akan menguruskannya kelak?



Yang hidup pasti mati.. Bila mati hanya tiga perkara yang kita boleh bawak bersama-sama iaitu anak yang soleh, ilmu yang dimanfaatkan serta sedekah jariah.

Apa terjadi dengan harta-harta kita? Pernah tak terlintas bagaimana pengurusannya kelak? Bagaimana pembahagiannya kelak? Bagaimana persiapan sebelum kita pergi?

Lindungi harta-harta kita dengan cara merancang harta pusaka yang akan ditinggalkan kepada yang berhak.

Tugas saya di sini ialah untuk membantu memberi kesedaran tentang kepentingan merancang harta pusaka anda supaya tak tergolong dalam harta yang tertunggak.


#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Perihal Hukum Faraid





Faraid ni merupakan sistem pembahagian harta pusaka yang berlandaskan perintah Allah dalamAl-Quran.. Harta si mati, macamana nak dibahagikan kepada waris2 yang berhak..

Ada orang beranggapan tak perlu lah buat wasiat ni, sebab dah ada sistem faraid, ikut sistem tu je lah..

Namun begitu, sistem ni takkan dapat berjalan tanpa ada orang yang menjalankannya.. Orang yang nak menjalankannya tu lah dinamakan wasi ataupun pentadbir.
Macam katun tu lah jugak, umpama kenderaan, perlu ada pemandu baru lah kenderaan tu boleh berjalan..

Jadi, untuk sistem faraid tu berjalan, perlulah ada perlantikan wasi ataupun perlantikan pentadbir.

Kalau takde perlantikan tersebut, maka takdelah driver yang akan menjalankan pembahagian harta mengikut faraid tu..

Kalau nak lagi penjelasan, jom kita jumpa sembang2 lagi lanjut, boleh temui saya.

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad



Wednesday, 29 March 2017

as-Salihin Trustee Berhad, Sebuah Syarikat Amanah

as-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah dibentuk di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan dibawah Akta Syarikat Amanah 1949.

as-Salihin ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam untuk memelihara, melindungi dan mengagih harta hasil titik peluh umat Islam untuk memberi manfaat kepada orang yang tersayang apabila mereka sudah tiada kelak.

Matlamat as-Salihin adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh berkaitan perancangan harta pusaka yang berlandaskan prinsip Syariah.




Saya salah seorang Islamic Estate Planner yang mewakili as-Salihin Trustee Berhad untuk memberikan perkhidmatan serta menyebarkan kepentingan merancang harta pusaka sementara kita diberi peluang oleh Allah sementara masih hidup.


#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Lantiklah Wasi Profesional yang Berkepakaran

Kepentingan berwasiat antaranya ialah untuk melantik wasi (sebagai wakil diri kita) yang berkelayakan dan berkepakaran untuk menguruskan harta pusaka sesudah kita mati.

Antaranya urusan pertukaran nama rumah, tanah, kereta. Account2 di bank atau segala yang berkaitan kewangan (insurans/takaful, unit trust, saham dan sebagainya).

Yang paling utama, hutang2 yang kita tinggalkan..

Memandangkan sudah ada syarikat2 seperti as-Salihin Trustee yang menjalankan perkhidmatan ni maka kita ada pilihan untuk melantik dan memindahkan beban pentadbiran harta pusaka kepada mereka yang pakar.

Jangan bebankan pasangan atau orang perseorangan untuk menyelesaikan urusan kita yang tertangguh di dunia ini, kerana urusannya tak semudah yang disangka..





#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Apa hak saya?





Harini ramai yang bertanya tentang harta-harta arwah. Samada arwah suami, arwah ayah, arwah abang dan sebagainya. Terutamanya bagi arwah yang tak membuat wasiat. Bagus untuk tahu hak masing-masing ke atas harta yang ditinggalkan oleh arwah. Tapi yang lebih penting, sudahkan kita yang hidup ni merancang harta-harta kita nanti andai berlaku apa-apa kelak, waris-waris kita seperti isteri atau anak-anak tidak perlu berebut dan menuntut atau meminta-minta dari waris lain yang ada hak tapi mereka tak memerlukan harta-harta tersebut. Sebabnya lumrah manusia, bila tahu ada hak, cepat je nak menuntut. Tapi lupa yang hak jugak datang dengan tanggungjawab.. Selamatkan diri kita dan keluarga kita dengan membuat perancangan awal supaya waris-waris tak berebut perihal harta kita.. Rancang harta tak perlu tunggu usia tua sebab ajal mau juga tak mengenal usia..


Tuesday, 28 March 2017

Pembahagian Faraid: Tiada Pasangan dan Tiada Anak

Salam..
Harini kita share info tentang hukum faraid melibatkan seseorang (lelaki dan jugak perempuan) yang bujang ataupun yang dah takde pasangan dan tidak juga mempunyai anak.





Ke mana harta-harta akan pegi setelah tiada nanti?
Ada pelbagai situasi, antaranya:

1. Seperti di dalam gambar..
Si mati masih mempunyai ibu bapa, maka harta2 hanya akan menjadi hak kepada ibu dan bapa sahaja. Adik beradik tiada hak.

2. Mak dah takde, hanya ada bapa dan adik beradik. Yang ni 100% harta akan menjadi hak bapa. Adik beradik tiada hak.

3. Bapa dah tiada, hanya ada ibu dan adik beradik, maka 1/6 bahagian hak ibu, bakinya barulah jadi hak adik beradik (2 bahagian lelaki, 1 bahagian perempuan).

4. Mak sahaja yang tinggal, bapa dan adik beradik dah tiada, hak bahagian mak 1/3 dan 2/3 lagi hak baitulmal.

5. Mak sahaja yang ada, dan adik beradik semua perempuan. Maka hak mak 1/6, lagi 1/6 ke baitulmal, dan baki 2/3 dibahagi kepada adik beradik perempuan sama rata.

6. Kalau semua pun dah takde, contohnya dia sebatang kara, maka semua harta2 nya akan pegi ke Baitulmal.

Ajal jodoh dan maut semua di tangan Allah.. Tak perlu dipertikaikan semua tu.. Rezeki masing2 tak sama. Kita hanya mampu merancang, akhirnya Allah juga yang menentukan semua.

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad