as-Salihin

PRI-TI (Amanah Takaful/ Insurans)

Amanah Takaful/Insurans adalah produk Amanah bagi polisi Takaful/Insurans. Pemilik polisi Takaful/Insurans melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai pemegang Amanah untuk menerima wang Takaful/Insurans melalui penyerahan hak mutlak (Absolute Assignment). Ini membolehkan as-Salihin mengagihkan wang polisi yang diterima untuk kepentingan pemilik polisi (sekiranya menghidap penyakit kritikal @koma @hilang keupayaan kekal) dan juga benefisari tertentu.


KELEBIHAN PRI-TI BERBANDING MENAMAAN HIBAH TAKAFUL

Kematian
1. Dibenarkan menamai penerima gantian.
2. Dibenarkan untuk menetapkan syarat pembahagian.
3. Dibenarkan untuk menetapkan arahan pembayaran berperingkat atau membentuk tabung amanah        untuk jangka masa panjang.
4. Mengawal cara berbelanja suami/isteri atau anak-anak.
5. Mengelakkan pergaduhan antara ahli keluarga
6. Pengagihan wang polisi kepada penerima yang masih di bawah umur ( 18 tahun ) dapat                       dilaksanakan.

Hilang Keupayaan kekal (TPD)/Koma:
1. Wang takaful / insurans dapat dinikmati  / dimanfaatkan untuk kegunaan pemegang polisi yang           koma atau hilang keupayaan kekal.
2. Mengelakkan penyalahgunaan wang dan pecah amanah oleh individu yang mendapat kuasa.


MANFAAT PRI-TI

1. Boleh mengelakkan penyalahgunaan wang dan pecah amanah kerana diuruskan oleh as-Salihin Trustee Berhad.
2. Memastikan kesinambunganlegasi melalui tabung amanah.
3. Memelihara hak benefisiari- terutama benefesiaribawah umur/ (OKU)
4. Wang polisi tidak tertakluk kepada faraid dan pentadbiran harta pusaka,berkuatkuasa sert-merta           menurut terma di dalam Surat Ikatan Amanah.
5. Mengawal cara berbelanja benefisari (boleh menentukan jumlah,tujuan dan cara pembahagiaan).
6. Boleh digunakan untuk pembayaran hutang dan Yuran Pentadbiran Harta Pusaka.
7. Terlindung dari tuntutan pemiutang (tertakluk kepada Akta bankrup 1967)
8. Pengurusan wang takaful untuk kepentingan pemilik polisi sekiranya berlaku ketidakupayaan kekal atau koma.


No comments:

Post a Comment