Friday, 14 April 2017

Waris-waris Asas Faraid

Ini dia waris-waris asas faraid..



Dulu2 saya pun confuse jugak kalu berlaku kematian yang melibatkan waris bertingkat-tingkat ni.. Kalau ada moyang ke, datuk ke, ayah ke, (atas moyang sebut apa?)

Rupanya waris-waris asas faraid cuma lingkungan kelompok seperti dalam gambar ni sahaja.. Iaitu anak2, suami isteri dan mak ayah sahaja..

Yang cerita pakcik makcik, adik beradik bagai tu, diorang hanya akan dapat mewarisi harta si mati jika si mati dah tiada ayah dan tiada anak lelaki sahaja.. Barulah pembahagian harta akan melibatkan mereka.. Tapi itu pun sepatutnya bukan hanya menuntut hak harta semata-mata lah.. Tanggungjawabnya pun kena pikul sekali.. Bukan la main sedap2 je nak tuntut harta..

Wasiat penting, tapi ramai yang ambik endah tak endah, tangguh bertangguh sampailah berlaku kematian, waris keluarga jadi kalut bagai... Mula la ada yg bertikam lidah dan sebagainya.. Nak nya harta pusaka yang ditinggalkan tu berkepuk-kepuk.. Sebab ramai yg tak tahu pasai ilmu faraid serta wasiat ni dengan jelas..

Jom berwasiat sementara masih diberi peluang untuk kemudahan waris2 kita kelak.. Tak kira muda atau tua.. Anak-anak pun dah boleh start bantu mak ayah mengadakan wasiat.. (mentality org tua ni biasalah bila sebut bab wasiat agak sensitif dan negatif) bagi kita yang muda ni eloklah pahamkan mereka kepentingan wasiat dan akibat2 jika takde wasiat..




Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

No comments:

Post a Comment