Friday, 14 April 2017

Kalau Anak Perempuan Semua

Saya banyak ditanyakan berkenaan ibu bapa yang hanya mempunyai anak-anak perempuan sahaja.

Bagaimana pembahagian hartanya..


Apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang, waris tau je tentang pembahagian hak harta jika si mati tak mempunyai anak lelaki. Haknya mau dituntut tapi tanpa disedari penuntutan hak sepatutnya datang dengan tanggungjawabnya sekali.

Andaikata tanggungjawabnya tak boleh dipikul sekali, ada baiknya hak pun tak payah dituntut.. Lebih baik biarkan ibu kanak2 perempuan tersebut yang menjaga anak-anaknya dgn harta-harta yang telah ditinggalkan tu.

Tapi semua tu dah tertulis dalam hukum faraid. Yang mana perlu difahami tanggungjawabnya juga.. Maka di situlah kepentingan berwasiat. Sekurang-kurangnya dengan berwasiat kita boleh agihkan bahagian yang sepatutnya kepada anak-anak perempuan dan isteri kita (jika tiada waris lain yang membantah).

No comments:

Post a Comment