Thursday, 13 April 2017

Harga Bukan Bandingan

Dalam dok buat perancangan harta pusaka ni ada yg kata buat kat situ lagi murah.. Buat kat sini mahal.. Buat dengan yg sana tu lagi mudah.. Free pun ada..

Bila dah mula fikirkan perancangan harta pusaka, ambik tahu kos secara keseluruhan. Bukan kos penulisan wasiat awal yg murah sahaja..

Ambik tahu siapa yang akan jadi pentadbir harta lepas tu, berapa pulak kos yang akan dikenakan, siapa yang akan bayar kos tersebut, waris mana yang sanggup nak keluarkan kos, waris nak korek mana sebab harta kita dah beku..

Buat perancangan secara menyeluruh dan ambik tahu.. Bukan sekadar kata dah buat dah... Senang je.. Murah je.. Pastu apa akan berlaku seterusnya taknak ambik tahu.. Tanya kepada yang berpengalaman menguruskan harta pusaka lepas kematian, bukan sekadar tanya untuk proses buat perancangan awal je..



Antara kos-kos pentadbiran harta kelak ada yg dikenakan 1.8%, ada yang 2-4% ada yang 5% (maksimum caj yg dibenarkan di bawah akta syarikat amanah buat masa ni). Kalau buat dengan individu atau bukan syarikat amanah ada yang lebih tinggi 20-40%.. Pastu samada caj tu ditolak terus daripada harta pusaka ataupun waris yg kena keluarkan kos awal.. Kena ambik tahu..

Jom celik perancangan harta pusaka, gunakan instrument yang ada: wasiat, deklarasi hibah, deklarasi harta sepencarian dan lain-lain lagi mengikut kesesuaian..

Pusing kot mana pun tetap ada kos.. Samada kita yg sediakan sekarang siap-siap ataupun waris akan terbeban nanti.. Murah mahal bukan bandingnya...



#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP


Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

No comments:

Post a Comment