Monday, 17 April 2017

Harta Kita Milik Allah

Selamat Petang..

Renungan bersama buat semua..
Ramai orang Islam di Malaysia ni berpendapat "harta saya hak milik saya dan suka hati saya nak bagi kat siapa yg saya suka"..
Tetapi mereka sebenarnya lupa..
Harta kita adalah milik Allah SWT yg hanya dipinjamkan kepada kita.. Setelah kita mati, harta kita hendaklah diagihkan semula kepada waris kita mengikut hukum 'Faraid' yg telah ditetapkan oleh Allah SWT dlm Al-Quran.. Antaranya dalam Surah An-Nisa' ayat 11-13..
Ada juga yang lupa...
'Faraid' adalah pembahagian yg ditetapkan kepada waris yg berhak.
Ramai juga yang tak tahu...
Siapa sebenarnya yg bertanggungjawab dalam mengguruskan pembahagian mengikut Faraid tu?
Adakah anak2, adik beradik, atau keluarga kita?
Tapi adakah waris kita tahu pecahan/bahagian Faraid?
Jangan sampai waris atau keturunan kita termakan harta bahagian orang lain (harta batil).. Elakkan waris kita daripada membuat pembahagian yang salah tanpa disedari..

Dapatkanlah bantuan dari sumber yang berkemahiran dan berkepakaran...



Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Sayang Keluarga

Sapa tak sayang keluarga ooooiiiiiii...

Tapi kalau hanya ucapan kat mulut je x cukup.. Jom sertakan dengan plan perancangannya sekali andaikata kita takde kelak terutamanya geng bapak-bapak... Tak perlu nak tunggu kaya dulu atau tunggu banyak harta dulu... Atau nak tunggu tua dulu... Takut nanti tak sempat...
Jom lindungi harta-harta kita bapak-bapak sekalian supaya yg sedih-sedih ditinggalkan kelak tu tidak la tak ketahuan nanti.. Jom set ngeteh cite sepenuh hati takdak malu-malu takyah segan-segan punya aaihhhh...

Rancanglah harta pusaka kita agar waris kita kelak tak menghadapi masalah dan teraniaya...


Kalau terasa harta tak berapa nak banyak untuk keperluan keluarga kelak, elok jugak kalau buat insurans/takaful siap-siap... Dah ada takaful baru tenang sikit nak bertawakal...




Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Kepentingan Ilmu Faraid


Ilmu faraid ni penting, tapi tak ramai yang tahu.. Ramai jugak yang keliru..
Mana satu waris faraid, mana satu waris bukan faraid, stopper la, waris gantian la.. Berapa pulak pembahagian harta pusaka kepada waris-waris faraid tu..

Kadang-kadang pening jugak nak tengok..


Tapi semua orang kena tahu.. Paling-paling pun ambik tahu siapa wariswaris dalam keluarga sendiri je dulu..

Agar kita boleh rancangkan pembahagian harta siap-siap, supaya tak tersilap agih kepada waris yang tak berhak, atau terlupa pulak nak agih kepada waris yang berhak..

Kalau tak tahu, boleh dapatkan khidmat pakar seperti as-Salihin Trustee Berhad..




Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Saturday, 15 April 2017

Pintu Wasi vs. Pintu Pentadbir

Bila kita meninggal, waris kita akan lalui proses pengagihan harta pusaka..

Kalau kita ada buat wasiat siap2, prosesnya ringkas dan mudah..

Tapi kalau takde wasiat, waris kita terpaksa melalui proses yang memenatkan, memakan kos yang tinggi dari segi tenaga, masa, dan dana..

Fungsi utama wasiat ni untuk lantik wasi, dan bagi satu kunci kat wasi tu supaya dia dengan mudah dapat bukak pintu yang ada di dalamnya harta pusaka tu.. cepat sikit nak diagihkan..


Kalau takde wasiat, punya banyak kunci yang pentadbir nak kena pi cari dulu untuk nak bukak mangga2 tu.. selagi tak bukak semua mangga, tak boleh la nak bukak pintu.. nak agihkan harta pun jadi lambat..

Jangan sampai harta pusaka kita terkunci kat dalam tu selamanya sebab takde sapa waris yang sanggup nak keluarkan.. sebab payah sangat..

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Antara Wasi dan Pentadbir

Dalam urusan harta pusaka, ramai orang keliru tentang istilah di antara wasi dan pentadbir.. Harini nak share ringkas je..



Wasi
Individu atau syarikat amanah yang dilantik melalui wasiat untuk melaksanakan kehendak dan arahan terakhir pewasiat.

Pentadbir
Individu atau syarikat amanah yang dilantik atas persetujuan semua waris faraid untuk menguruskan harta pusaka si mati.

Ada beberapa sebab mengapa melantik pentadbir:
1) Sebab si mati tak buat wasiat
2) Ada buat wasiat, tapi dalam wasiat tak lantik sapa2 jadi wasi
3) Ada wasiat dan wasi, tapi wasi dah mati dulu sebelum pewasiat
4) Wasi yang dilantik menolak perlantikan (tak kira apa sebab pun)
5) Wasi yang dilantik ditentang oleh waris-waris faraid yang lain

Dalam wasiat, perkara paling utama ialah melantik wasi.

Siapa yang dilantik pun penting jugak. Banyak kebaikannya kalau lantik syarikat amanah seperti as-Salihin Trustee Berhad sebagai wasi, dapat elakkan perkara 3&4 tu daripada berlaku yang akan mengganggu proses pengagihan harta..

Yang penting keharmonian waris dan keluarga setelah kita tiada kelak..


Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Bicara Faraid



Antara sebab orang tak buat wasiat ialah 'hukum faraid kan dah ada, buatpa susah-susah buat wasiat..'
Sebenarnya, pembahagian mengikut faraid tu hanyalah satu sistem yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran..

Namun kalau takde orang yang nak melaksanakannya, sistem tu takkan berlaku..

Siapa nak laksanakan?

Wasi yang dilantik dalam wasiat lah yang akan melaksanakan pembahagian secara faraid tu..
Kalau takde wasi yang dilantik, terpaksa lantik pentadbir pulak dengan persetujuan semua waris yang terlibat..

Selagi pentadbir tak dilantik, selagi tu lah harta pusaka tak dapat dibahagikan kepada waris-waris.. Proses akan jadi lebih rumit dan ambil masa yang lama kalau takde wasi..

Kesian kat waris-waris terutama kalau ada yang memerlukan dan bergantung kepada harta pusaka tu untuk meneruskan hidup..

Jom sama-sama kita rancang harta pusaka kita semasa masih hidup ni, agar waris dan keluarga kita tak teraniaya..

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Kenapa Masih Ramai Takde Wasiat?

Salam Jumaat..


Rentetan daripada sesi ngeteh/diskusi dengan sepupu pasai wasiat dan perancangan harta pusaka semalam, rata-rata orang Melayu (Islam) di Malaysia ni sebenarnya sedar kepentingan buat wasiat.. Tapi kenapa ramai sangat lagi yang tiada wasiat... Statistik: 5% je yang ada wasiat (!)...



Walaupun ramai yang ada kesedaran, tapi mungkin ramai jugak yang masih tak tau macamana atau kat mana nak buat... Kurang ilmu pengetahuan...

Lagi satu sebab, walaupun dah ada pengetahuan, tapi mungkin sebab kesuntukan waktu, takde masa nak buat atau tak sempat lagi nak fikir pasai wasiat ni...

Jadi, di sini lah tugas as-Salihin Trustee Berhad dan Islamic Estate Planners (IEP) nya berperanan untuk meningkatkan kesedaran, menyampaikan kaedah, dan memberi khidmat perancangan harta pusaka, wasiat, dan sebagainya kepada semua...

Tanggungjawab kami adalah untuk memberi kemudahan kepada pewasiat, dan memudahkan waris, agar lebih ramai umat Islam di Malaysia ni yang ada wasiat.. Elakkan daripada lebih banyak harta umat Islam yang tertunggak..




(sekarang ada RM67 billion harta tertunggak, bayangkan macam2 boleh buat dengan aset sebanyak tu...)

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Friday, 14 April 2017

Jangan Leka Cari Harta..





Harta benda yang kita miliki sekarang ni takkan secara automatik menjadi hak milik waris kita apabila kita mati kelak.. Harta tu akan jadi harta pusaka, perlu melaui proses pengagihan kepada waris2 yang berhak..

Proses pengagihan akan lebih mudah jika ada wasiat.
Jangan leka kejar harta semasa hidup ni sampai terlupa pulak nak buat wasiat terhadap harta2 tu tadi..

Kalau tidak, silap-silap patutnya didoakan bila kita mati nanti, tapi sebaliknya dapat sumpah seranah lak daripada waris-waris sebab tinggalkan keluarga dan/atau sanak saudara dalam keadaan susah dan merana, dibebankan dengan perbelanjaan dan hutang, sebab harta tak dapat nak diagihkan dengan segera sebab tak buat wasiat siap-siap.. Lagi banyak harta pun mungkin boleh jadi makin menyusahkan..


Jangan sampai jadi macamtu.. Jom dapatkan info terperinci tentang perancangan harta pusaka.. Bila dah ada info, baru senang nak merancang.




Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Wasiat: Kalau Ada Waris Tak Setuju..

Untuk orang Islam:

Pembahagian harta yang mengikut hasrat si mati hanya akan sah sekiranya kesemua waris faraid si mati bersetuju dengan wasiat (jika ada) yang ditinggalkannya tu..

Dalam situasi berwasiat ni, waris faraid ada tiga pilihan:
1) Setuju ikut wasiat
2) Tak setuju, nak ikut bahagian faraid jugak
3) Lepaskan hak (taknak terima apa2 bahagian harta)



Kalau ada antara waris faraid yang tak setuju dengan pembahagian ikut wasiat (kalau wasiat tak ikut faraid), maka waris tersebut sahaja yang akan dapat bahagiannya mengikut faraid. Waris-waris lain yang setuju, akan dapat bahagian masing-masing mengikut wasiat (setelah tolak yang bahagian faraid tadi)..
Maknanya pembahagian mengikut wasiat tetap akan berlaku ke atas semua waris lain kecuali waris yang tak setuju tu je. Waris yang tak setuju akan dapat bahagia faraid.

Mungkin agak rumit dan mengelirukan.. Memang pun.. Kalau nak explain betul-betul memang makan masa lah.. Panjang berjela lak post ni kang..

Tapi itulah hukum ketetapan yang kita mesti ikut.. Tapi lebih baik lagi kalau kita ikut bersama dengan ilmu dan kefahaman.. Baru lah tak tersesat jalan..




Kalau nak tanya lebih detail, boleh lah hubungi saya.. Nak sembang kat wasap je pun takpa,..



Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Perlantikan Penjaga Anak-anak Bawah Umur Di Dalam Wasiat



Antara peranan wasiat..

Hak penjagaan anak bawah umur?

Selain dari menentukan soal pembahagian harta pusaka, dokumen wasiat jugak boleh digunakan untuk menentukan hak pejagaan anak bawah umur.

Hak penjagaan ini boleh dinyatakan dengan jelas dalam dokumen wasiat.. Siapa yang wajar atau yang pewasiat hasratkan untuk menjadi penjaga anak-anaknya kelak. Mungkin sebagai ibu bapa, mereka lebih tahu siapa yang lebih sesuai nak jadi penjaga anak-anak tu nanti...

Ada sesetengah kes berlaku pertelingkahan antara ibu/bapa mertua dan suami/isteri apabila berlaku kematian kepada ibu/bapa anak tersebut.

Mungkin sebab hubungan tak berapa baik antara ibu/bapa mertua dan suami/isteri, maka perebutan tu berlaku dan akhirnya merugikan masa depan anak tersebut.


Namun begitu, di dalam wasiat, yang berkuatkuasa hanyalah perlantikan penjaga yang terkait dengan harta milik anak tersebut sahaja.. Perlantikan penjaga untuk menjaga kebajikan anak tersebut tidak berkuatkuasa.. Sebab takde badan yang boleh nak pantau perkara tu..

Cumanya bila ada di sebut di dalam wasiat, sekurangnya waris akan maklum mengenai hasrat pewasiat untuk lantik sapa jadi penjaga kebajikan anak-anak yang ditinggalkannya..


Oleh itu menyediakan dokumen wasiat sangat penting kerana ia meliputi
semua aspek kehidupan dan keperluan



Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Bila berpindah dari Alam 'A' ke alam 'B'

Kematian itu satu kepastian.. Setuju?


Takde orang yang boleh lari daripada kematian.. Setuju?

Semasa kita masih hidup di Alam 'A', kehidupan kita dipenuhi dengan segala macam perkara.. Anak-anak, kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai, harta benda, pekerjaan, amal, ilmu kita, dan macam-macam lagi..

Tapi bila sampai masanya kita berpindah dari Alam 'A' ke Alam 'B', kita takkan boleh nak bawak satu pun perkara-perkara tadi tu sekali dengan kita dari sana ke sani.. Semua kena tinggai sana.. Tanam sekali pun dia takkan sampai..

Satu perkara yang orang selalu lupa, HUTANG.. Ini pun kita akan tinggai jugak kat sana... Samada hutang duit dengan orang ke, ataupun hutang kita dengan Allah (miss solat, miss puasa, miss zakat, etc.).. Semua hutang-hutang tu kena bayar balik.. Kalau tidak kita takkan sampai ke makam yang sempurna..

Bila kita dah kat Alam 'B', apa akan jadi kat perkara-perkara yang kita tinggai kat Alam 'A' tu?
Siapa yang nak urus tadbir?
Nak selesaikan hutang-hutang dan agihkan harta pusaka dan pelihara kebajikan keluarga?

Di sinilah pentingnya berwasiat,agar dapat kita lantik wasi yang akan mewakili kita kelak untuk selesaikan semuanya nanti..
Dengan wasiat, diri kita pun insyaAllah akan selamat di Alam 'B', waris-waris dan harta pusaka pun akan selamat jugak di Alam 'A'..
Kalau takde wasiat, silap-silap hutang-hutang pun takde sapa yang nak tolong selesaikan, waris-waris pun menyumpah seranah sebab tinggaikan beban hutang dan harta pusaka  yang tak dapat nak agihkan dengan sempurna..

Apa jadi kat kita kat Alam 'B'?

‪#‎jomwasiat‬
‪#‎mudahnyaberwasiat‬



Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Hukum Faraid Takkan Berlaku Secara Automatik...

Kisah semalam..
Pentingnya berwasiat, bukan setakat pengagihan harta, tapi yang lebih utama ialah perlantikan wasi (pentadbir harta)..

Ramai yang beranggapan 'dah ada hukum faraid, buat apa buat wasiat'..

Hakikatnya, proses pembahagian harta ikut faraid tu takkan berlaku secara otomatik.. Kena jugak ada manusia yang melaksanakan proses tu.. Samada orang tu wasi yang dilantik oleh pewasiat dalam wasiatnya, ataupun pentadbir yang dilantik melalui persetujuan semua waris faraid si mati (kalau takde wasiat)..


Dengan wasiat, proses perlantikan wasi dan pengagihan harta pusaka adalah lebih mudah dan pantas berbanding kalau takde wasiat..

Misi menyampai kefahaman pentingnya berwasiat dan perancangan harta dalam Islam diteruskan..
Jangan biarkan harta kita, umat Islam, tertunggak lagi tanpa diagihkan dengan sempurna kepada waris-waris yang berhak..




Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Harta Suami dan Harta Isteri


Ada orang yg terlepas pandang ataupun tak berapa faham tentang ni..

Tak boleh himpun semua harta kedua-dua suami dan isteri dalam satu wasiat.. Satu wasiat hanya untuk satu orang sahaja.. Dalam wasiat suami hanya nyatakan harta hak milik suami sahaja untuk pengagihan.. Begitu jugak isteri, dalam wasiat dia, hanya harta hak milik isteri sahaja.. Takleh campur-campur..

Kalau rumah atas nama kedua-dua suami isteri pulak, hanya separuh daripada bahagian masing-masing sahaja yang boleh letak dalam wasiat masing-masing utk pengagihan..
Gitu..
Bila dah tak keliru, mudah lah sikit nak buat wasiat kan.

#jomwasiat
#mudahnyaberwasiat



Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Wasiat dan Hukum Faraid

Harini nak sentuh pasai pembahagian harta ikut hukum faraid..

Apabila suami meninggal, harta beliau diagihkan ikut hukum faraid macamni.

Guna gambar katun je lah..
Situasinya ialah pasangan suami isteri yang kedua2nya masih mempunyai mak ayah yang masih hidup, dan 3 orang anak, 2 lelaki, 1 perempuan..
Situasi pertama, suami mati dulu meninggalkan yang lain..
Situasi kedua, isteri yang mati dulu..
Andaikata masing2 mempunyai harta bernilai RM 1 juta setiap sorang masa mati tu.. Pembahagian harta ikut hukum faraid adalah macam dalam gambar katun tu..

Apabila suami meninggal, harta beliau diagihkan ikut hukum faraid macamni..


Apabila isteri meninggal, harta beliau diagihkan ikut hukum faraid macamni..



Boleh faham la kot..
Esok2 kita cerita pasai siapa waris2 faraid dan siapa pulak waris2 bukan faraid..




Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Kalau Anak Perempuan Semua

Saya banyak ditanyakan berkenaan ibu bapa yang hanya mempunyai anak-anak perempuan sahaja.

Bagaimana pembahagian hartanya..


Apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang, waris tau je tentang pembahagian hak harta jika si mati tak mempunyai anak lelaki. Haknya mau dituntut tapi tanpa disedari penuntutan hak sepatutnya datang dengan tanggungjawabnya sekali.

Andaikata tanggungjawabnya tak boleh dipikul sekali, ada baiknya hak pun tak payah dituntut.. Lebih baik biarkan ibu kanak2 perempuan tersebut yang menjaga anak-anaknya dgn harta-harta yang telah ditinggalkan tu.

Tapi semua tu dah tertulis dalam hukum faraid. Yang mana perlu difahami tanggungjawabnya juga.. Maka di situlah kepentingan berwasiat. Sekurang-kurangnya dengan berwasiat kita boleh agihkan bahagian yang sepatutnya kepada anak-anak perempuan dan isteri kita (jika tiada waris lain yang membantah).

Waris-waris Asas Faraid

Ini dia waris-waris asas faraid..



Dulu2 saya pun confuse jugak kalu berlaku kematian yang melibatkan waris bertingkat-tingkat ni.. Kalau ada moyang ke, datuk ke, ayah ke, (atas moyang sebut apa?)

Rupanya waris-waris asas faraid cuma lingkungan kelompok seperti dalam gambar ni sahaja.. Iaitu anak2, suami isteri dan mak ayah sahaja..

Yang cerita pakcik makcik, adik beradik bagai tu, diorang hanya akan dapat mewarisi harta si mati jika si mati dah tiada ayah dan tiada anak lelaki sahaja.. Barulah pembahagian harta akan melibatkan mereka.. Tapi itu pun sepatutnya bukan hanya menuntut hak harta semata-mata lah.. Tanggungjawabnya pun kena pikul sekali.. Bukan la main sedap2 je nak tuntut harta..

Wasiat penting, tapi ramai yang ambik endah tak endah, tangguh bertangguh sampailah berlaku kematian, waris keluarga jadi kalut bagai... Mula la ada yg bertikam lidah dan sebagainya.. Nak nya harta pusaka yang ditinggalkan tu berkepuk-kepuk.. Sebab ramai yg tak tahu pasai ilmu faraid serta wasiat ni dengan jelas..

Jom berwasiat sementara masih diberi peluang untuk kemudahan waris2 kita kelak.. Tak kira muda atau tua.. Anak-anak pun dah boleh start bantu mak ayah mengadakan wasiat.. (mentality org tua ni biasalah bila sebut bab wasiat agak sensitif dan negatif) bagi kita yang muda ni eloklah pahamkan mereka kepentingan wasiat dan akibat2 jika takde wasiat..




Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Hak Baitulmal Terhadap Harta Pusaka

Harini nak share sikit pasai situasi keluarga macamni..
Pasangan suami isteri yang anaknya semua perempuan..
Si suami pulak mak ayah dah takde, dan takde adik beradik lain (anak tunggal kot, atau adik beradik lain semua dah meninggal dunia dulu)..


Jika si suami meninggal dunia, pengagihan harta pusaka si suami mengikut hukum faraid adalah seperti dalam katun tu..

Di situ ada bahagian yang akan menjadi hak baitulmal..
(kalau anaknya hanya seorang perempuan, pembahagiannya lain sikit.. isteri 1/8, anak 1/2, baitulmal 3/8)

Ramai orang terlepas pandang hak baitulmal ni.. Ataupun beranggapan, 'tak perlu lah bagi bahagian kat baitulmal tu, diri atau keluarga sendiri lebih memerlukan..'
Jangan..

Kalau ada bahagian hak baitulmal, memang kena jugak lah bagi hak tu ke baitulmal.. Kalau tidak, harta pusaka yang kita gunapakai tu adalah harta batil.. Sanggupkah? Akibatnya kita sendiri lah yang akan tanggung nanti..

Tapi bahagian hak baitulmal ni kita boleh bawak berbincang dengan pihak baitulmal.. Samada memohon supaya pihak baitulmal melepaskan hak tersebut, ataupun mengurangkan bahagiannya andaikata diri atau keluarga kita amat memerlukan bahagian itu. Lagipun antara tanggungjawab baitulmal kan menjaga kebajikan umat islam juga..

Andaikata kita tak dapat bagi bahagian tersebut terus kepada pihak baitulmal pun, paling-paling kita gunakanlah bahagian tersebut ke arah kebajikan.. Sedeqah ke, amal jariah ke, wakafkan ke.. Asalkan jangan digunapakai..




Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Ilmu vs. Harta


Tapi kalau ilmu, sharing dengan 10 orang ka, 100 orang ka, 1,000 orang ka, kita punya ilmu yang satu tu tetap ada kat kita, tak luak pun..

Kalau ada duit singgit, sharing dengan 10 orang, sorang dapat sekupang je..

Tapi kalau ada satu ilmu, sharing dengan 10 orang, sorang dapat satu ilmu jugak.. Kalau dikumpulkan balik dah jadi 10 manfaat..

Kalau sharing dengan 100 orang? 1,000?

Kalau duit singgit tu, bila dah share dengan 10 orang tadi, tinggai la kosong kupang kat kita..

Jom sharing ilmu..

Waris. Bukan semua waris kita adalah waris faraid. Bergantung kepada situasi, tak semua waris berhak terhadap harta pusaka.

Ilmu tentang faraid dan perancangan harta pusaka pun masih ramai lagi umat Islam yang tak berapa nak faham..

Misi menyampai kefahaman tentang faraid dan pentingnya berwasiat serta perancangan harta dalam Islam diteruskan..

Jangan biarkan harta kita, umat Islam, tertunggak lagi tanpa diagihkan dengan sempurna kepada waris2 yang berhak..

Biacara Hutang dan Wasiat

Dalam dok membicarakan perihal harta pusaka, bahagian itu dan bahagian ini, perkara penting yang perlu diingat oleh waris ialah perihal hutang.


Menurut hukum Islam, hutang merupakan perkara yang mesti dijelaskan dan tidak akan lupus sekalipun kita sudah meninggalkan dunia.

Terdapat dua jenis hutang, iaitu hutang dengan manusia dan hutang dengan Allah.

Jadi, yang paling utama, sebelum harta pusaka diagihkan, hutang si mati perlu lah dijelaskan dahulu, seperti yg tertulis dalam surah an-Nisa ayat 12 dan hadith "sesungguhnya roh orang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya. Sehinggalah hutangnya dijelaskan." (Bukhari Adn At-Tirmizi)

Di sini lah peranan wasiat, di mana wasi yang dilantik bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang si mati dengan harta pusaka tersebut terlebih dahulu.. Selebihnya baki2 harta itu barulah menjadi hak waris2 dan diagihkan sebagai rezekinya yg ditentukan oleh Allah..

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Kerjaya Fardhu Kifayah

Salam..

Peluang kerjaya atau pendapatan sampingan melalui fardhu kifayah!



Masih ramai umat Islam di Malaysia ni yang tak berapa nak faham sangat tentang hukum faraid, dan jugak pentingnya perancangan harta pusaka, khususnya melalui penulisan wasiat.

Macam-macam benda boleh berlaku kalau takde kefahaman pasai perkara ni.. Mungkin harta pusaka kena tipu, kena kebas dengan orang yang tak sepatutnya ada hak faraid pun, ataupun pertelingkahan antara adik beradik dan kaum keluarga sebab tak puas hati dengan pembahagian, putus saudara lah (macam dalam cerita Tiga Abdul), harta tertunggak tidak boleh diguna  pakai (wang dalam bank beku, rumah/tanah takleh tukar nama, takleh jual, dsb.), dan macam-macam lagi..

Ilmu dan kefahaman pasai perkara ni sangat penting, tapi tak semua dan tak ramai orang berpeluang mempelajarinya.. Kadang-kadang cari kat internet pun susah nak jumpa..

Tapi kalau taktau pun takpa, asalkan ada orang lain dalam komuniti yang tau dan boleh membantu di kala memerlukan.. Itu lah fardhu kifayah..

Sekarang, ini dia, ada peluang.. Peluang terbukak luas.. Untuk dapatkan dan praktikkan ilmu dan kefahaman mengenai perancangan harta pusaka Islam.

Peluang melalui perniagaan sebagai Islamic Estate Planner (IEP) mewakili as-Salihin Trustee Berhad..

Sesiapa yang berminat, akan diadakan Business Opportunity Presentation (BOP) seperti dalam gambar tu, boleh tengok..

Jom sama-sama kita sambil buat perniagaan, sambil buat fardhu kifayah.. Bantu umat Islam yang lain merancang harta agar tiada lagi pusaka umat Islam yang tertunggak tak dapat dimanfaatkan.. (setakat ni ada RM 67 Billion yang tertunggak)

Adakah anda rasa "TERPANGGIL" untuk sama-sama membantu orang-orang Islam di luar sana yang masih tidak peka dengan perancangan harta pusaka? Rakan-rakan bukan Islam pun sudah ada yang sanggup mendalami Ilmu Faraid semata-mata ingin membantu rakan mereka yang beragama Islam.
Jom sama-sama terokai bidang perancangan harta pusaka Islam.

Jom!



Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Wasiat dan Insurans/Takaful Hayat



Wasiat ni nak dekat sama dengan insurans/takaful hayat.. Sebabnya, masa pemiliknya masih hidup, memang susah nak nampak manfaatnya.. Malahan, memang takde manfaat pun semasa pemilik masih hidup..

Tapi bila pemiliknya mati, barulah manfaatnya tu akan tiba..

Cumanya, manfaat tu hanya boleh dinikmati oleh waris2 yang ditinggalkan sahaja.. Pemiliknya takleh menikmati, sebab dah mati..

Tapi mudah2an di alam seterusnya nanti, setelah mati, pemilik wasiat dan jugak insurans/takaful hayat tersebut dapat jugak menikmati ganjarannya, iaitu disebabkan meninggalkan waris2 dalam keadaan yang tidak meminta2 dan tidak teraniaya..

Lindungilah keluarga dan harta anda dengan berwasiat dan bertakaful..

Jom!

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Thursday, 13 April 2017

Kasih Anak Angkat..

Alkisah seorang yang digelar dalam perancangan harta pusaka untuk anak angkat..

Asalnya Wak ni pegi berurusan di Pejabat Tanah tapi tak selesai katanya.. Makin lama makin risau tak boleh tido memikirkan perihal pusaka.

Risau dengan situasi diri yang keseorangan setelah kematian isteri dan meninggalkan sorang anak angkat yang dibela dari kecik.. ( dari kalangan anak saudara sendiri ).

Syukur dapat membantu dari segi peace of mind untuk Wak ni..

Buatla perancangan awal.. Kita merancang tp pengahirannya serahkan kepada yg Maha Kuasa.. Tapi sekurang2 nya ada perancangan..

Alhamdulillah dan Syabas wak ada kesedaran awal....

"Why worry on uncertainties when u have an option to make it certain. Hope for the best but prepare for the worst."

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Harga Bukan Bandingan

Dalam dok buat perancangan harta pusaka ni ada yg kata buat kat situ lagi murah.. Buat kat sini mahal.. Buat dengan yg sana tu lagi mudah.. Free pun ada..

Bila dah mula fikirkan perancangan harta pusaka, ambik tahu kos secara keseluruhan. Bukan kos penulisan wasiat awal yg murah sahaja..

Ambik tahu siapa yang akan jadi pentadbir harta lepas tu, berapa pulak kos yang akan dikenakan, siapa yang akan bayar kos tersebut, waris mana yang sanggup nak keluarkan kos, waris nak korek mana sebab harta kita dah beku..

Buat perancangan secara menyeluruh dan ambik tahu.. Bukan sekadar kata dah buat dah... Senang je.. Murah je.. Pastu apa akan berlaku seterusnya taknak ambik tahu.. Tanya kepada yang berpengalaman menguruskan harta pusaka lepas kematian, bukan sekadar tanya untuk proses buat perancangan awal je..



Antara kos-kos pentadbiran harta kelak ada yg dikenakan 1.8%, ada yang 2-4% ada yang 5% (maksimum caj yg dibenarkan di bawah akta syarikat amanah buat masa ni). Kalau buat dengan individu atau bukan syarikat amanah ada yang lebih tinggi 20-40%.. Pastu samada caj tu ditolak terus daripada harta pusaka ataupun waris yg kena keluarkan kos awal.. Kena ambik tahu..

Jom celik perancangan harta pusaka, gunakan instrument yang ada: wasiat, deklarasi hibah, deklarasi harta sepencarian dan lain-lain lagi mengikut kesesuaian..

Pusing kot mana pun tetap ada kos.. Samada kita yg sediakan sekarang siap-siap ataupun waris akan terbeban nanti.. Murah mahal bukan bandingnya...



#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP


Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Bicara Rumah 50-50

Jom kita sharing some info..

Ramai orang yang salah faham tentang pengagihan harta pusaka apabila berlakunya kematian, terutamanya jika melibatkan aset rumah yang pemiliknya 50% nama suami dan 50% nama isteri..

Ramai orang beranggapan, kalau rumah hakmilik 50-50 ni,
apabila matinya si suami, automatik rumah tu jadi hakmilik isteri 100%..

Sebenarnya bukan begitu..
Sebaliknya, apa yang berlaku, sekiranya TANPA WASIAT, rumah tersebut akan terbahagi kepada beberapa bahagian lagi mengikut pembahagian faraid kepada waris-waris yang lain..

Elok-elok dua nama je, boleh jadi 5, 6, 7 nama atau lebih lagi..
Terutamanya kalau ada waris yang taknak sepakat, nak menuntut jugak hak ke atas rumah tu..



Contoh mcm dlm gambar tu, ABCDE tu boleh jadi nama anak-anak ke, atau nama-nama mak ayah suami ke, ataupun nama adik beradik suami..

Jadi, untuk elakkan daripada berlaku macamni, buatlah perancangan harta pusaka siap-siap melalui instrumen-instrumen yang ada, seperti wasiat, deklarasi hibah, dan deklarasi harta sepencarian..

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Wednesday, 12 April 2017

Andaikata Suami Isteri Meninggal Serentak

Selamat petang...




Harini nak visit balik katun dulu2 berkaitan dgn pembahagian faraid pasangan suami isteri..
Dulu2 dah pernah terangkan pembahagian pusaka jika isteri meninggal, dan jika suami meninggal..
Tapi persoalan timbul dalam situasi apabila kedua2 suami isteri meninggal serentak, seperti dalam kemalangan jalan raya yg banyak berlaku kebelakangan ni.. Macamana pembahagiannya

Macam dalam filem DoReMi pulak, diorang pun nak kena decide jugak sapa mati dulu, 'Do ke Minah mati dulu?'

Dalam hukum faraid, kena kenalpasti siapa yg mati dulu, baru boleh buat pengagihan pusaka.. Sebab bahagian faraid utk suami dan isteri berbeza.. Dan yg mati dahulu tak dapat lah bahagian faraid drpd yg mati kemudian..

Melalui medical report, mungkin boleh tentukan siapa yg mati dulu.. Tapi kalau last2, medical report pun menunjukkan pasangan memang mati tepat2 pada saat yg sama macamana pulak?

Kalau dalam keadaan macamtu, kenalah gunakan konsep 'yg tua mendahului yg muda', iaitu tengok pada umur, siapa yang lebih tua dianggap mati dulu..




Jom rancang harta pusaka semasa masih diberi kesempatan.roger saya untuk appointment dan keterangan lanjut.

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Tuntutan Harta Sepencarian

Ada tiga keadaan yg membolehkan seseorang membuat tuntutan harta sepencarian terhadap harta pasanganya:
1) kematian
2) penceraian
3) poligami (ni bergantung kepada negeri)



Mengikut faraid, jika berlaku kematian, isteri hanya memperolehi 1/8 daripada harta pusaka suami. Ini bererti, rumah peninggalan suami yang diduduki isteri juga perlu dibahagikan secara faraid.
Isteri boleh meminta belas ehsan waris (ibubapa suami) atau dengan cara membuat tuntutan di Mahkamah Syariah sebagai harta sepencarian namun ada beberapa isu yang mungkin timbul:
1. Tiada ketentuan terhadap harta mana yang akan diperolehi.
2. Proses yang melecehkan.
3. Kemungkinan persengketaan dengan ibubapa mertua atau adik-beradik suami.
4. Juga kemungkinan bersengketa dengan anak.
Pada ketika itu, suami telah meninggal dunia dan tidak berupaya untuk membantu isterinya.

Jika berlaku penceraian/poligami pula, isteri mungkin akan kehilangan rumah tempat tinggal..

Jalan penyelesaian tuntutan Harta Sepencarian adalah dengan membuat deklarasi harta sepncarian sementara suami/isteri masih hidup dan masih harmoni bertujuan:
1. Penzahiran takat sumbangan suami/isteri.
2. Dokumentasi harta sepencarian sebagai bukti di Mahkamah Syariah.
3. Membantu mahkamah membuat keputusan.
4. Dapat menunaikan hak kehartaan pasangan masing-masing sewajarnya.
5. Menyenangkan waris membuat tuntutan.
6. Dapat pelihara kenangan bersama dalam harta yang dihasilkan.

Kebaikan :
1. Deklarasi ini akan mengeluarkan harta tersebut daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada pembahagian faraid.
2. Dokumen boleh digunapakai apabila tuntutan harta sepencarian dibuat dalam hal perceraian dan poligami.
3. Menjimatkan masa - dapat percepatkan pembahagian harta pusaka yang lain.
4. Harta yang masih dalam pinjaman/hutang boleh diberikan melalui Deklarasi Harta Sepencarian berbanding Hibah (hanya harta yang bebas hutang boleh dihibahkan).

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Pembahagian Faraid: Tiada Pasangan dan Tiada Anak

Assalamualaikum....

Harini kita share info tentang hukum faraid melibatkan seseorang (lelaki dan jugak perempuan) yang bujang ataupun yang dah takde pasangan dan tidak juga mempunyai anak.






Ke mana harta-harta akan pegi setelah tiada nanti?

Ada pelbagai situasi, antaranya:

1. Seperti di dalam gambar..
Si mati masih mempunyai ibu bapa, maka harta2 hanya akan menjadi hak kepada ibu dan bapa sahaja. Adik beradik tiada hak.

2. Mak dah takde, hanya ada bapa dan adik beradik. Yang ni 100% harta akan menjadi hak bapa. Adik beradik tiada hak.

3. Bapa dah tiada, hanya ada ibu dan adik beradik, maka 1/6 bahagian hak ibu, bakinya barulah jadi hak adik beradik (2 bahagian lelaki, 1 bahagian perempuan).

4. Mak sahaja yang tinggal, bapa dan adik beradik dah tiada, hak bahagian mak 1/3 dan 2/3 lagi hak baitulmal.

5. Mak sahaja yang ada, dan adik beradik semua perempuan. Maka hak mak 1/6, lagi 1/6 ke baitulmal, dan baki 2/3 dibahagi kepada adik beradik perempuan sama rata.

6. Kalau semua pun dah takde, contohnya dia sebatang kara, maka semua harta2 nya akan pegi ke Baitulmal.

Ajal jodoh dan maut semua di tangan Allah.. Tak perlu dipertikaikan semua tu.. Rezeki masing2 tak sama. Kita hanya mampu merancang, akhirnya Allah juga yang menentukan semua.

#jomwasiat
#mudahnyaberwasiat

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner

as-Salihin Trustee Berhad

Lantiklah Pakar, Jangan Bebankan Waris


Apabila merancang harta pusaka kita perlu tahu dengan detail, bukan asalkan ada wasiat je cukup, tapi tak tahu pun apa2 detail mengenainya..

Contohnya jika menamakan isteri sebagai pentadbir harta pusaka, pernahkah kita terfikir kemampuan beliau untuk melaksanakan proses pentadbiran tersebut. Dengan keadaan sedihnya satu hal, dgn ada anak2 yg harus diuruskan ataupun dengan kekangan masa tenaga kewangan dan sebagainya..

Kalau dilantik orang lain pula sebagai pentadbir harta, contohnya adik beradik atau sabahat handai atau saudara mara, sejauh mana pulak kepercayaan yang boleh diletak ke atas individu tersebut. Dan bagaimana kalau individu tersebut pulak yg meninggal dunia?


Di sinilah datangnya peranan as-Salihin Trustee Berhad. Bertindak sebagai 'abang sado' kepada waris2 tersebut. Menguruskan pentadbiran harta pusaka sehingga selesai dan yang paling penting sekali kebajikan pewasiat terjamin dari segi melangsaikan hutang piutang serta pembahagian harta mengikut wasiat.

Tidaklah isteri serta waris2 terbeban untuk nak laksanakan pentadbiran tersebut.


Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Tuesday, 11 April 2017

Seminar Perdana : Perlaksanaan Hibah Dalam Perancangan Harta Pusaka
























Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Tuesday, 4 April 2017

HIBAH JADI HIBA



Lagi kisah benar dan sebenar.. Mak hibahkan rumah kepada anak perempuan, bila anak perempuan meninggal, suami anak perempuan halau mak mentua...



Salah rancang hibah boleh jadi hiba.. Orang keliling hanya boleh sebut

" kesian...."

Jom ambik tahu sampai paham.. Buat perancangan harta mengikut kesesuaian.

Hope for the best.. Prepare for the worst n

"Why worry on uncertainties when u have an option to make it certain."

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

KENALI WARIS FARAID KITA..

Kenali waris asas faraid kita..

Buat perancangan harta pusaka awal2..

Harta pusaka kita bukan sahaja milik isteri dan anak2 sahaja..

Jangan ketepikan waris faraid yang lain begitu sahaja takut waris yang tinggal termakan harta batil pulak kelak.. Termakan hak orang lain...

"Why worry on uncertainties when u have an option to make it certain."

#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

Thursday, 30 March 2017

Buat Wasiat Jangan Bertangguh..


Wasiat ni memang satu kewajipan dan tanggujawab setiap muslim. Tapi masih ramai ambik endah tak endah sebab kesannya kita tak rasa masa masih hidup lagi ni.. Yang dah selamat pergi pun takde yang bangkit bagitau apa jadi kat sana..

Cuma yang kita tahu kita dengar-dengar atau kita baca-baca kesannya memang menyulitkan dan boleh membawa kepada ketegangan sesama waris.. Banyak kan dah dengar.. Dalam drama ada,  real life pun ada..

Jom wasiat sementara masih berpeluang.. Tak perlu tunggu dah tua atau dah sakit..

Jom buat wasiat Jangan bertangguh....


#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad


Bantu Membantu Sesama Manusia..

Masih ramai umat Islam sendiri yang belum faham sepenuhnya tentang hukum faraid dan pentingnya berwasiat..


Apakah kepentingan berwasiat? Banyak.. Antaranya, melindungi harta pusaka daripada jatuh ke tangan orang yang tidak berhak kelak.. Memelihara keluarga tersayang daripada kesusahan melalui pengagihan harta kepada yang betul2 memerlukan.. Mengelakkan daripada keluarga tersayang termakan harta batil.. Memelihara keharmonian keluarga dan sanak saudara..
Ada lagi, tapi nanti banyak sangat kat sini, kita cerita kat post lain pulak lah lepas2 ni..

Malangnya, masih ramai umat Islam yang tidak berwasiat, disebabkan kurangnya kefahaman tentang kepentingan berwasiat, dan keburukan tidak berwasiat..

Jadi, jom sama-sama kita dapatkan ilmu dan kefahaman tentang wasiat dan perancangan harta pusaka Islam.. Sambil-sambil tu dapat jugak belajar dan praktikkan ilmu hukum faraid.. Lepastu bolehlah sebar-sebarkankan kepada ramai umat Islam, agar lebih ramai lagi yang melindungi harta dan keluarga dengan berwasiat.. Sebelum terlambat..

Sambil fardhu kifayah, sambil buat income..



jom!


#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad

Bila Berpindah Dari Alam A ke Alam B

Semasa muda dan sihat kita berpeluang mengumpul harta dan membina harta. Tapi apakah kesudahan dengan harta-harta dan hutang piutang yang kita bina tu.. Siapa yang akan menguruskannya kelak?



Yang hidup pasti mati.. Bila mati hanya tiga perkara yang kita boleh bawak bersama-sama iaitu anak yang soleh, ilmu yang dimanfaatkan serta sedekah jariah.

Apa terjadi dengan harta-harta kita? Pernah tak terlintas bagaimana pengurusannya kelak? Bagaimana pembahagiannya kelak? Bagaimana persiapan sebelum kita pergi?

Lindungi harta-harta kita dengan cara merancang harta pusaka yang akan ditinggalkan kepada yang berhak.

Tugas saya di sini ialah untuk membantu memberi kesedaran tentang kepentingan merancang harta pusaka anda supaya tak tergolong dalam harta yang tertunggak.


#mudahnyaberwasiat
#jomwasiat
#jomjadiIEP

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tn HJ Redzzuan
019-4404830
Islamic Estate Planner
as-Salihin Trustee Berhad